Dasar Privasi

Tarikh Akhir Kemaskini: Julai 30, 2021

Akses/penggunaan laman web anda, laman mudah alih, laman mikro atau aplikasi mudah alih (termasuk produk/perkhidmatan seperti yang mungkin tersedia di dan/atau melalui laman web, laman web mudah alih, laman mikro atau aplikasi mudah alih oleh ProppyApp) (secara kolektif, “Pelbagai Platform”) tertakluk kepada tertakluk kepada Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi kami, termasuk pindaan keatasnya yang boleh dibuat oleh ProppyApp, mengikut budi bicaranya, dari semasa ke semasa (secara kolektif, “Terma” ini).

ProppyApp berhak pada bila-bila masa, untuk menukar, mengubah atau menghentikan aspek atau ciri (“feature”) Pelbagai Platform, termasuk, tanpa batasan kepada isi kandungan , data dan ketersediaan. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Terma – terma ini setiap kali anda mengakses/menggunakan Pelbagai Platform untuk memastikan dan memahami sebarang penambahan, pembatalan, pengubahsuaian, penyemakan dan/atau variasi yang mungkin dibuat terhadap Terma – terma ini dari semasa ke semasa, dan anda akan dianggap sebagai pengguna yang telah membaca, memahami dan menerima Terma ini, termasuk penambahan, pembatalan, pengubahsuaian, semakan dan/atau variasi seperti itu setiap kali anda mengakses/menggunakan Pelbagai Platform.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana Terma ini, anda boleh dengan segera menghentikan akses / penggunaan Pelbagai Platform anda.

1. Pengenalan

  1. Pelbagai Platform ini telah dibangunkan, dimiliki, diurus dan dikendalikan oleh ProppyApp Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran: 202101010561 (1410860-H) (“ProppyApp“) dan/atau vendor-vendor pihak ketiga yang disetujui. Kami berkomitmen untuk melindungi data peribadi anda dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan perlindungan data peribadi yang berkenaan di Malaysia.
  2. ProppyApp diwujudkan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan serta menggunakan teknologi terkini untuk merevolusikan cara kami menjual, membeli, menyenaraikan, melabur dan mengurus hartanah kami. Tujuan kami adalah untuk menyediakan platform yang selamat, dipercayai dan berkredibiliti untuk harta benda, hartanah dan perkhidmatan serta industri yang berkaitan bagi berkomunikasi, urusniaga dan menjalankan perniagaan dengan berkesan, berlandaskan peningkatan maju teknologi ke masa depan.
  3. Dasar Privasi ini dirumuskan berdasarkan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”), yang menjelaskan bagaimana kami mengumpul data peribadi dari anda, atau yang anda berikan kepada kami, akan digunakan, diproses atau didedahkan oleh kami, termasuk bagaimana maklumat tertentu akan digunakan untuk memperibadikan iklan yang ditujukan kepada anda.
  4. Rujukan untuk “anda“, “beliau”, “milik anda” atau “pengguna” merujuk kepada orang yang menggunakan Pelbagai Platform. Rujukan untuk “kita” atau “kami” merujuk secara kolektif kepada mana-mana ahli ProppyApp.
  5. Berikutnya, mendedahkan amalan pengumpulan dan penyebaran maklumat kami untuk www.proppyapp.com dan aplikasi mudah alih yang diwujudkan, dikendalikan dan/atau dimiliki oleh ProppyApp yang disediakan untuk anda muat turun dari kedai-kedai aplikasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada “iOS App Store” , “Android App Store/Google Play Store” dan “Huawei App Gallery” (secara kolektif, “Pelbagai Platform”) dan jika relevan, untuk penggunaan, atau subskripsi, atau pembelian apa-apa produk dan/ atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh ProppyApp.

2. Persetujuan Anda

  1. Dengan memberikan data peribadi anda kepada ProppyApp, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima Dasar Privasi ini, dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh ProppyApp mengikut cara yang dinyatakan di sini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada ProppyApp, anda menjamin dan menyatakan kepada ProppyApp bahawa anda telah memperolehi persetujuan dari pihak ketiga yang diperlukan untuk memproses data peribadi yang relevan oleh ProppyApp dengan cara yang dinyatakan di sini.

3. Data Peribadi yang Dikumpulkan oleh Pelbagai Platform

  1. Pelbagai Platform kami tidak secara automatik merekodkan maklumat mengenai data peribadi pengguna melainkan diberi oleh pengguna tersebut. Anda boleh mengakses/menggunakan Pelbagai Platform kami tanpa perlu mendedahkan data peribadi anda, kecuali dalam produk / perkhidmatan tertentu yang ditawarkan di Pelbagai Platform kami yang mungkin memerlukan anda terlebih dahulu mendaftarkan satu akaun sebagai Pengguna Berdaftar.
  2. Sebagai Pengguna Perdaftar, kami mengumpul maklumat tertentu daripada anda sebagai pengguna semasa proses pendaftaran. Dalam keadaan ini, maklumat dari dan mengenai anda, peranti anda, lokasi anda yang boleh mengenal pasti anda, atau boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara langsung. Apabila anda mengklik ciri-ciri (“features”) tertentu dalam Pelbagai Platform kami, atau meminta halaman tertentu dari server kami, secara automatik ia mengumpulkan beberapa maklumat mengenai pilihan anda, lokasi, termasuk alamat protokol internet anda (“IP”).
  3. Walaupun butiran data peribadi tepat yang dikumpul adalah berbeza mengikut tujuan tertentu melalui Pelbagai Platform kami, kami biasanya akan mengumpul data peribadi atau maklumat berikut daripada anda, yang mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, tarikh kelahiran, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, jantina, dll. Di beberapa produk/perkhidmatan kami, seperti Pelan Mortgage Optimization Plan (“MOP”), kami memerlukan anda untuk memberikan maklumat tambahan, di mana butir-butirnya adalah dinyatakan di dalam Syarat Perkhidmatan untuk Pengguna MOP.

4. Tujuan Penggunaan

  1. Data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami di Pelbagai Platform kami boleh diproses dan/atau didedahkan kepada vendor kami (seperti yang ditentukan selepas ini), termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut (secara kolektif, “Tujuan“):
    • untuk mengurus dan mentadbir Pelbagai Platform kami;
    • untuk mengurus, mengesahkan dan melengkapan proses pendaftaran;
    • untuk mengurus, mengesahkan dan melengkapkan subskripsi anda;
    • untuk mengurus, mengesahkan dan membenarkan transaksi;
    • untuk menguruskan akses/penggunaan produk / perkhidmatan yang sedia ada;
    • untuk mengurus dan mengesahkan hak anda untuk skim ganjaran kesetiaan kami (jika berkenaan);
    • untuk membolehkan interaksi dan pertukaran pendapat antara para pengguna;
    • untuk memahami dan menganalisis penjualan kami, serta keperluan dan pilihan anda;
    • untuk membangun, meningkatkan, memasarkan dan menyediakan produk/perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
    • untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam pelbagai promosi dan peraduan;
    • untuk meningkatkan/mengoptimumkan pengalaman semasa anda melayari Pelbagai Platform dengan menyesuaikan dan memperibadikan keperluan anda;
    • untuk memproses pertukaran atau pengembalian produk (jika berkenaan);
    • untuk menjawab permintaan atau pertanyaan anda;
    • untuk bertindak balas dan mengambil tindakan susulan mengenai aduan anda;
    • untuk menghantar maklumat terkini tentang produk/perkhidmatan, berita/acara, ganjaran/promosi, keistimewaan khas dan inisiatif yang ditawarkan melalui Pelbagai Platform kami, rakan kongsi dan/atau pengiklan kami melalui mana-mana saluran komunikasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada SMS, panggilan suara, e-mel dan notifikasi;
    • untuk menyediakan pihak ketiga dengan maklumat statistik mengenai pengguna kami. Maklumat statistik tersebut boleh digunakan untuk memperibadikan iklan di Pelbagai Platform kami, tetapi tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana pengguna;
    • untuk memproses transaksi pembayaran anda;
    • untuk perkhidmatan kawalan kredit dan/atau pungutan hutang yang perlu dibayar kepada kami; dan
    • untuk mematuhi apa-apa peraturan, kewajipan berkanun atau undang-undang yang dipertanggungkan ke atas kami oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan.

5. Penggunaan dan Pendedahan

  1. Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda dalam ProppyApp dan/atau kepada pihak ketiga seperti pembekal perkhidmatan kami dan penasihat profesional, iaitu vendor (sebagaimana yang ditakrifkan kemudian dari ini) bagi tujuan yang dinyatakan di atas berdasarkan kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  2. Kami akan bertanggungjawab untuk data peribadi di bawah kawalan kami, termasuk data peribadi yang kami sampaikan kepada Vendor (sering disebut sebagai pemproses data dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga). “Vendor” dalam hal cara Polisi Privasi ini adalah berhubungkait dengan data peribadi, mana-mana individu atau entiti (selain daripada pekerja kita sendiri) yang memproses data peribadi bagi pihak kami dan / atau yang menyediakan perkhidmatan pihak ketiga untuk kami. “Pemprosesan“, berhubungkait dengan data peribadi adalah bermaksud sebagai contohnya mendapatkan rekod, memegang atau menggunakan data peribadi dalam menjalankan apa-apa operasi atau sekumpulan operasi ke atas data peribadi dan/atau menyediakan perkhidmatan masing-masing kepada kami.
  3. Kami menggunakan dan mendedahkan agregat maklumat yang tidak dapat mengenalpasti secara peribadi yang dikumpulkan melalui Pelbagai Platform kami sebagai sebahagian daripada proses ProppyApp untuk terus meningkatkan Pelbagai Platform kami, dan produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh ProppyApp melalui Pelbagai Platform kami.

6. Kesan Data Peribadi yang Tidak Diperuntukan

  1. Harap maklum bahawa sekiranya maklumat tertentu diperlukan tetapi tidak diberikan, atau maklumat tersebut tidak memuaskan bagi kami, maka permohonan atau permintaan anda untuk salah satu Tujuan di atas mungkin tidak diterima atau tidak akan diambil tindakan lanjutannya atau permintaan anda untuk mengakses beberapa ciri-ciri (“features”) di Pelbagai Platform kami, atau penggunaan, atau subskripsi, atau pembelian produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh ProppyApp mungkin akan ditolak atau terkesan.

7. Peyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi

  1. Maklumat peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan-salinan cetak di pejabat kami atau dalam pelayan (server) yang terletak sama ada di Malaysia atau di luar negara. Ia mungkin diperlu untuk memindahkan data peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang berpusat/berada di luar Malaysia. Dengan meneruskan penggunaan Pelbagai Platform serta produk/perkhidmatan ProppyApp, anda dengan ini bersetuju dengan pemindahan tersebut.
  2. Sebarang Data Peribadi yang anda berikan akan disimpan oleh kami selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas atau sebagaimana yang diperlukan untuk memenuhi peraturan perundangan, keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami.
  3. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 15 dibawah ini, kami tidak menawarkan sebarang mekanisme atas talian untuk anda untuk memadam data peribadi anda yang disimpan oleh kami.

8. Bagaimana mesej E-mel dan ‘Hubungi Kami’ dikendalikan

  1. Kami mungkin menyimpan kandungan sebarang e-mel atau “Hubungi Kami” atau mesej elektronik lain yang kami terima.
  2. Apa-apa data peribadi yang terkandung dalam mesej tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan dengan cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
  3. Kandungan mesej boleh dipantau oleh Vendor kami, pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau pekerja-pekerja untuk tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan, pengauditan dan penyelenggaraan atau di mana disyaki penyalahgunaan e-mel.

9. Data Penggunaan dan Komunikasi

  1. Melalui penggunaan perkhidmatan telekomunikasi anda untuk mengakses Pelbagai Platform kami, data komunikasi anda (misalnya, alamat IP atau nombor mudah alih) atau data penggunaan (misalnya, maklumat mengenai permulaan, pengakhiran dan sejauh mana setiap akses, dan maklumat mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang anda akses) dihasilkan secara teknikal dan mungkin berkaitan dengan data peribadi.
  2. Jika mempunyai keperluan yang khas, perkara seperti pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan komunikasi atau data penggunaan anda akan berlaku dan dilakukan bersesuaian dengan rangka undang-undang perlindungan privasi data yang sesuai.

10. Pengumpulan Automatik Data Bukan Peribadi

  1. Apabila anda mengakses Pelbagai Platform kami dan/atau menggunakan mana-mana produk/perkhidmatan yang ditawar oleh ProppyApp, kami mungkin (contohnya, interbukan melalui pendaftaran) mengumpul, menguna dan mendedahkan data bukan peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai pelayar internet (“internet browser”) anda dan sistem operasi, nama domain laman web yang anda datang dari, jumlah lawatan, purata masa yang dihabiskan di laman web tersebut dan halaman yang dilihat.
  2. Kami mungkin akan mengunakan dan mendedahkan data bukan peribadi tersebut dan kongsikan di dalaman ProppyApp dan/atau pihak ketiga untuk pantau keistimewaan Pelbagai Platform kami dan meningkatkan prestasi kami untuk produk/perkhidmatan/kandungan agregat, anonimisasi, dan data bukan peribadi.
  3. Namun, harap yakin bahawa maklumat ini tidak dimaksudkan untuk digunakan untuk mengenal pasti indentiti anda. Maklumat yang mungkin kami kumpulkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    1. Maklumat peranti – seperti model peranti, lokasi IP, pengecaman unit peranti yang lain, versi sistem operasi, jenis pelayar web (“Browser”) dan ketetapan, seperti Bahasa peranti, dan ketetapan tulisan yang ada dan ketetapan peranti yang anda menggunakan untuk mengakses Pelbagai Platform kami.
    2. Maklumat penggunaan – seperti informasi mengenai penggunaan anda di Pelbagai Platform kami, produk/perkhidmatan ditawarkan oleh ProppyApp, masa dan jangkamasa penggunaan anda dan informasi lain tentang interaksi anda di Pelbagai Platform kami dan sebarang informasi yang disimpan menggunakan kuki (“Cookies”), pengecaman iklan mudah alih, dan teknologi yang merupai yang kami telah tetapkan di peranti anda.
    3. Informasi lokasi – seperti lokasi komputer anda, isyarat system kedudukan global (GPS) peranti mudah alih anda, atau informasi tentang pusat akses WiFi yang berdekatan dan menara isyarat yang akan disalurkan kepada kami semasa anda menggunakan sesesuatu perkhidmatan.

11. Teknologi Penjejakan Atas Talian dan Iklan

  1. Pelbagai Platform kami mungkin akan menggunakan kuki (“Cookies”) dan teknologi penjejakan lain untuk memberikan produk/perkhidmatan, bergantung kepada ciri-ciri (“features”) yang ditawarkan, untuk mengiklankan kepada anda dan untuk menganalisis bagaimana anda menggunakan produk/perkhidmatan di atas Pelbagai Platform dan sama ada iklan telah ditatapi. ProppyApp juga membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan teknologi penjejakan untuk tujuan yang sama.
  2. Kami dan mana-mana pihak ketiga yang dilantik/diberi kuasa untuk menyediakan kandungan, iklan, atau kefungsian atau tindakan dan analysis prestasi iklan di Pelbagai Platform kami (secara kolektif “Pihak Ketiga yang Dibenarkan”), mungkin akan menggunakan kuki, “pixels/beacons”, pengecam iklan mudah alih, dan teknologi yang serupa untuk memudahkan pentadbiran dan navigasi, untuk lebih memahami and dan menambahbaikkan Pelbagai Platform kami, untuk menentukan dan/atau menambahbaikkan iklan yang telah dipaparkan untuk anda di sini atau menerusi Pelbagai Platform kami, dan untuk memberikan anda pengalaman yang diperibadikan/bersesuaian.
  3. Kuki – Kuki merupakan bit kecil informasi elektronik yang boleh dipindahkan kepada komputer anda atau peranti anda untuk mengenal pasti pelayar web (“browser”) anda secara unik apabila anda melayari Pelbagai Platform, dan kuki boleh digunakan untuk menyimpan suatu nombor identiti unik yang telah diikat kepada sistem komputer atau peranti anda dengan itu anda boleh dikenalpasti sebagai pengguna yang sama merentas satu atau lebih sesi layar, dan merentas satu atau lebih laman sesawang. Kuki berkhidmat untuk banyak tujuan yang berguna. Contohnya:
    1. Kuki dapat mengingati butiran/kelayakan log masuk anda, jadi anda tidak perlu untuk memasukkan butiran/kelayakan setiap kali anda melayari Pelbagai Platform kami.
    2. Kuki dapat membantu kita dan Pihak Ketiga yang Dibenar untuk memahami bahagian Pelbagai Platform kami yang paling popular kerana ia dapat membantu kami menunjukkan laman mana dan ciri-ciri (“features”) mana yang pengguna akses and berapa banyak masa mereka belanjakan di laman-laman tersebut. Dengan mempelajari informasi sebegini, kami dapat menyesuaikan dengan Pelbagai Platform kami dan memberikan anda pengalaman pengguna yang lebih baik;
    3. Kuki dapat membantu kami dan juga Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk memahami iklan mana yang telah anda tatapi supaya anda tidak lagi menerima semula iklan yang sama setiap kali anda melayari Pelbagai Platform kami.
  1. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik tetapi ia boleh dikonfigurasikan supaya tidak menerima secara automatik atau untuk memberitahu pengguna apabila sesuatu kuki sedang dihantar ke sistem. Jika anda ingin nyahdayakan kuki pelayar web (“Browser”) anda, rujuk kepada menu bantuan pelayar web anda untuk mempelajari cara untuk nyahdayakan kuki. Jika anda nyahdayakan kuki pelayar web atau flash kuki, ia mungkin boleh mengganggu fungsi Pelbagai Platform kami daripada beroperasi dengan betul.
  2. Beacons – Kami, bersama dengan Pihak Ketiga yang Dibenarkan, mungkin juga akan menggunakan teknologi pixels, yang dikenali sebagai beacons, dimana ia merupakan fail elektronik yang berkomunikasi maklumat daripada peranti anda kepada server. Beacon boleh ditanam di dalam kandungan dalam talian, video, dan e-mel, dan boleh membenarkan server untuk membaca sesuatu jenis maklumat daripada peranti anda, membenarkan kami untuk mengetahui bila dan apa yang anda telah tatapi sesuatu kandungan yang khas atau mesej e-mel yang khas, menentukan masa dan tarikh dimana anda melihat beacon, dan lokasi alamat IP untuk peranti anda. Kami dan Pihak Ketiga yang Dibenarkan menggunakan pixles/beacons untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menganalisis penggunaan Pelbagai Platform dan produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan (bersama dengan kuki) untuk menyediakan kandungan dan iklan yang dianggap lebih relevan kepada anda.
  3. Data Lokasi – Jika anda mengaktifkan perkhidmatan lokasi di peranti mudah alih anda, dengan kebenaran anda, ProppyApp dapat dapat mengumpulkan lokasi peranti anda, dimana kami akan menggunakan untuk memberi anda maklumat dan iklan berdasarkan lokasi. Sekiranya anda ingin menyahaktifkan ciri (“feature”) ini, anda boleh mematikan perkhidmatan lokasi pada peranti mudah alih anda.
  4. Lokasi Tempatan & Teknologi Penjejakan – Kami, bersama dengan Pihak Ketiga yang Dibenarkan, akan menggunakan teknologi lain, seperti Objek Berkongsi Tempatan (yang juga dikenali sebagai “Kuki Flash”) dan Bahasa Penanda Hiperteks versi 5 (HTML5) simpanan tempatan, dalam penyambungan dengan Pelbagai Platform kami. Kami juga akan menggunakan pengecam unik yang berkait dengan peranti anda, seperti pengecam iklan mudah alih. Teknologi ini adalah mirip dengan kuki yang dibincangkan di atas kerana ia disimpan di peranti anda dan boleh digunakan untuk menyimpan maklumat tertentu mengenai aktiviti dan pilihan anda. Walau bagaimanapun, teknologi sebegini mungkin menggunakan pelbagai bahagian peranti anda daripada kuki standard, dan juga anda kebarangkalian tidak dapat mengawalnya menggunakan alat dan tetapan pelayar web (“Browser”) standard. Untuk simpanan tempatan HTML5, kaedah untuk mematikan HTML5 akan berbeza bergantung pada pelayar web (“Browser”) anda. Untuk kuki flash, maklumat mengenai mematikan atau menghapus maklumat yang terdapat dalam kuki Flash boleh didapati di sini.
  5. Maklumat Peranti Mudah Alih dan Pelayar Web Mudah Alih – Anda boleh melaraskan tetapan pada peranti mudah alih dan pelayar web (“Browser”) mudah alih anda mengenai kuki dan perkongsian maklumat tertentu, seperti model peranti mudah alih atau bahasa yang digunakan oleh peranti mudah alih anda, dengan melaraskan tetapan privasi dan keselamatan pada peranti mudah alih anda. Sila rujuk arahan yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan mudah alih atau pengeluar peranti mudah alih anda.
  6. Pilihan Tambahan untuk Iklan Sasaran – Seperti yang dijelaskan di atas, kami dan Pihak Ketiga yang Dibenarkan dapat menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memudahkan penyampaian iklan yang relevan kepada anda. Sebagai contoh, teknologi ini membantu kami menentukan sama ada anda pernah melihat iklan tertentu sebelum ini, menyesuaikan iklan kepada anda jika anda pernah mengunjungi Pelbagai Platform kami sebelum ini dan mengelakkan penghantaran iklan bersamaan kepada anda.
  7. Disebabkan perbezaan antara penggunaan aplikasi dan laman web di peranti mudah alih, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk nyahdayakan teknologi penjejakan dalam aplikasi mudah alih. Banyak peranti mudah alih membolehkan anda memilih untuk untuk menarik diri daripada mengikut iklan yang disasarkan untuk aplikasi mudah alih menggunakan tetapan dalam aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila periksa tetapan mudah alih anda. Anda juga boleh menyahpasang aplikasi kami menggunakan proses penyahpasangan standard yang tersedia di peranti mudah alih atau pasar aplikasi anda.
  8. E-mel – Anda mungkin menerima e-mel daripada kami untuk pelbagai tujuan – contohnya, jika anda mengambil tindakan melalui Pelbagai Platform kami atau anda mendaftar untuk laporan biasa, atau anda menyairkan rumah anda untuk dijual atau disewa dan pembeli menghantar mesej kepada anda. Sekiranya anda adalah Pengguna Berdaftar dengan ProppyApp, anda boleh mengedit pilihan anda melalui tetapan akaun anda. Anda juga boleh menguruskan penerimaan sesetengah jenis komunikasi dengan mengikuti arahan yang disertakan dalam e-mel yang kami kirimkan kepada anda. Harap maklum bahawa, walaupun anda berhenti melanggan surat-menyurat e-mel tertentu, kami mungkin masih perlu menghantar e-mel maklumat transaksi atau pentadbiran yang penting kepada anda.

12. Forum Awam

  1. Pelbagai Platform kami menyediakan perkongsian maklumat, maklum balas, forum, dan/atau papan pesanan kepada Pengguna. Sila ingat bahawa apa-apa maklumat yang didedahkan di kawasan-kawasan ini menjadi maklumat awam dan anda perlu berhati-hati apabila membuat keputusan untuk mendedahkan data peribadi anda. Kami meminta agar pengguna melayani satu sama lain dengan hormat dan saling menghormati.

13. Kesulitan

  1. Data peribadi yang disimpan oleh kami akan disimpan dengan sulit berasaskan dengan Dasar Privasi menurut mana-mana undang-undang yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
  2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada data peribadi yang dihantar atau disiarkan melalui Pelbagai Platform kami, atau mana-mana bahagiannya oleh anda akan dianggap sebagai diberikan secara sukarela kepada kami atas dasar terbuka dan tanpa tuntutan hakmilik.
  3. Kami berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, dan/atau menyiarkan maklumat tersebut secara bebas tanpa merujuk kepada anda lagi.

14. Keselamatan

  1. Pelbagai Platform kami mempunyai langkah-langkah keselamatan tertentu untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan dan pindaan maklumat di bawah kawalan kami. Apabila anda diminta untuk memberikan maklumat kad kredit anda, kami menyediakan persekitaran yang selamat melalui sistem rakan kongsi kami (menggunakan SSL industri standard atau protokol SET) untuk tujuan ini.
  2. Walau bagaimanapun, anda sebagai pengguna faham bahawa tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi tersebut, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan data peribadi yang dihantar kepada kami dan individu melakukannya atas risiko mereka sendiri. Sebaik sahaja data peribadi ada dalam simpanan kami, kami akan mengambil langkah yang wajar untuk melindungi maklumat tersebut dari disalahgunakan dan kehilangan dan dari akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
  3. Nama pengguna dan kata laluan mungkin penting bagi anda untuk menggunakan beberapa ciri-ciri (“features”) Pelbagai Platform kami. Untuk perlindungan anda sendiri, anda diperlu untuk merahsiakannya dan menukar kata laluan anda secara berkala (jika diperlukan).

15. Pautan Laman Web

  1. Pelbagai Platform kami mungkin mengandungi pautan atau maklumat yang dikumpulkan daripada laman web lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan laman web tersebut. Kami telah menjalinkan hubungan dengan pengiklan dan/atau rakan kongsi perniagaan tetapi hubungan tersebut biasanya bersifat teknikal, atau berasaskan kerjasama kandungan. Sekiranya ada pengiklan dan/atau rakan niaga yang mengakses maklumat yang anda masukkan dalam pangkalan data kami, fakta ini akan didedahkan kepada pengguna apabila memulakan proses pendaftaran. Pengguna tidak mahu maklumat mereka dikongsi oleh orang lain selain melalui Pelbagai Platform kami boleh memilih untuk tidak menyelesaikan pendaftaran.
  2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ProppyApp tidak akan bertanggungjawab, secara langsung atau sebaliknya, atau dengan apa cara pun bertanggungjawab terhadap kandungan laman web pihak ketiga yang anda akses/gunakan kerana ProppyApp tidak mengkaji, mengawal, memantau atau memeriksa kandungan laman web pihak ketiga.
  3. Selanjutnya, pautan oleh ProppyApp ke laman web pihak ketiga seperti itu atau penyiaran bahan atau pengiklanan laman web pihak ketiga tersebut bukanlah suatu sokongan/pengesahan atau representasi mengenai laman web, bahan, produk/perkhidmatan pihak ketiga ini. Semua hakmilik, logo, cap dagang dan hak harta intelek dalam kandungan mana-mana laman web pihak ketiga adalah hakmilik pemilik laman web yang berkaitan dan mungkin dilindungi oleh undang-undang hak cipta atau perjanjian atau perjanjian harta intelek yang lain.
  4. Anda dengan ini dinasihatkan supaya membaca terma dan syarat ini dan sebarang dasar yang mentadbir laman web pihak ketiga tertentu. ProppyApp mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk menambah, mengubah, menolak dan membuang, tanpa apa-apa notis, apa-apa ciri (“feature”) atau link dengan mana-mana laman web yang dipautkan dari Pelbagai Platform. Anda hanya boleh memautkan laman web lain ke Pelbagai Platform dengan persetujuan ProppyApp terlebih dahulu. Perjanjian ProppyApp untuk menghubung dengan laman web lain tidak boleh ditafsirkan atau diwakili sebagai sokongan/pengesahan oleh ProppyApp terhadap produk, kedudukan, entiti atau organisasi apa pun.

16. Hak Akses ke Data Peribadi

  1. Di bawah PDPA, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda sendiri yang dimiliki oleh kami dengan pembayaran yuran yang ditentukan (jika berkenaan) dan untuk meminta pembetulan data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau jika anda ingin meminta akses ke data peribadi anda atau jika anda ingin memperbetulkan data peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk komunikasi pemasaran di masa depan, anda boleh mengirimkan permintaan anda secara tertulis kepada:ProppyApp Sdn. Bhd. 
    (Reg. No. 202101010561 (1410860-H))
    2-45, Jalan Puteri 4/8,
    Bandar Puteri Puchong,
    47100 Puchong,
    Selangor, Malaysia.

    Attn: Ms. Kamalvinder Dhillon – Data Protection Officer
    e: [email protected]
    m: +6-012-907 5082

  2. Kami hanya akan menerima dan bertindak atas permohonan-permohonan dalam bahasa Inggeris yang mematuhi Dasar Privasi ini. Segala permohonan yang tidak mematuhi perkara di atas akan ditolak, dan kami tidak akan mengambil tindakan sehubungan dengan permohonan yang ditolak tersebut.
  3. Kami berhak untuk tidak mendedahkan atau meminda mana-mana data peribadi atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam PDPA. Setakat yang munasabah, kami akan bertindak balas kepada permohonan anda dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan itu. Sekiranya tidak dapat dilakukan, anda akan diberitahu demikian dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

17. Perubahan Dasar Privasi

  1. Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Apa-apa perubahan kepada Dasar Privasi ini akan dimuat naik ke Pelbagai Platform kami dan oleh itu, kami menggalakkan anda untuk menyemak/melawat Pelbagai Platform kami dari semasa ke semasa untuk sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
  2. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam Dasar Privasi, Dasar Privasi dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

18. Penafian

  1. Kami tidak akan bertanggungjawab atas pendedahan data peribadi secara sukarela oleh anda kepada pengguna lain sehubungan dengan penggunaan Pelbagai Platform kami, mengikut mana-mana yang berkenaan.